Pages

Friday, August 15, 2014

PUNCA MASALAH KECACATAN

PERINGKAT PRANATAL


BAKA
  • Kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses meiosis berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom Down.
  • Kromosom berlebihan pada kromosom 21 yang dikenali sebagai Trisomy 21.
  • Berbanding dengan kanak-kanak normal, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 kromosom manakala kanak-kanak normal mempunyai 46 kromosom.
JANGKITAN

  • Jangkitan bakteria sewaktu proses mengandung menyebabkan kecacatan atau kerosakan sama ada di bahagian otak atau sistem saraf. 
  • Penyakit seperti campak, rubella, atau siflis akan menyebabkan kuman berjangkit semasa dalam kandungan. 
  • Jangkitan ini akan menyebabkan pembentukan otak yang tidak normal dan seterusnya menyebabkan embrio mengalami kecacatan.
PENGAMBILAN DADAH & ALKOHOL
  • Dadah boleh didapati dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan steroid, kuinin, hormon, antibodi dan authistamin. 
  • Pengambilan dadah dan minuman berakohol menyebabkan perkembangan janin terbantut. 
  • Ibu mengandung disarankan supaya mendapatkan nasihat dan persetujuan doktor sebelum mengambil bahan-bahan tersebut.
PEMAKANAN

  • Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 
  • Kekurangan idonine pula boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak.
  • Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang pada bayi.
BAHAN KIMIA
  • Pencemaran alam sekitar yang disebabkan bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan.
  • Bahan kimia masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan dan udara.
SINARAN-X
  • Kecacatan mental bayi dikaitkan dengan penerimaan pancaran sinaran-X melebihi 10rad.
  • Ibu hamil dinasihatkan agar memberitahu doktor mengenai kehamilannya bagi mengelakkan ujian sinaran-X yang tidak perlu. 
MIKROORGANISMA
  • Masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin akan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental.


PERINGKAT PERINATAL



BAYI PRAMATANG
  • Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau  berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.
  • Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang.
  • Bayi mempunyai peluang yang tinggi apabila dilahirkan pada usia kandungan 21-34 minggu.
  • Punca yang menyebabkan kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, pengambilan dadah, dan merokok.
  • Bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran
PENGGUNAAN FORCEP DAN VAKUM
  • Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran. 
  • Forcep dan vakum akan memberi kesan kecederaan kepada kepala bayi. 
PENYAKIT HERPES SIMPLEX
  • Penyakit ini merupakan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. 
  • Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.


PERINGKAT PASCANATAL


PENYAKIT

  • Penyakit Encephalitis adalah berpunca daripada serangan sejenis virus pada otak yang menyebabkan kerencatan otak jika tidak dirawat. 
  • Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabbies.
  • Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. 
  • Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Malah, penyakit ini turut menyebabkan kerencatan akal jika tidak dirawat dengan segera.
PERSEKITARAN

  • Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dan mental. 
  • Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling.
PENCEMARAN ALAM SEKELILING

  • Kerencatan mental kanak-kanak berlaku akibat terdedah terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan atau pernafasan akibat pecemaran sekeliling. 
  • Kesannya, kanak-kanak menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal.

No comments:

Post a Comment