" Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”
Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini mengunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk mengunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas.
Halahan dan Kaufman (2006)
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan pengunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005)
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanak- kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin
dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.
Konsep Pendidikan Khas
- Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas.
- Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesananya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.
- Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial.
Misi Pendidikan Khas
Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.
Visi Pendidikan Khas
Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualit kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.