Pages

Friday, August 22, 2014

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Falsafah Pendidikan Khas


" Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”




Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini mengunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk mengunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid- murid khas.

Halahan dan Kaufman (2006)

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.


Gargiulo (2003)

Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan pengunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. 


Friend (2005)

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak- kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.


Konsep Pendidikan Khas
  • Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. 

  • Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesananya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan.

  • Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. 

Misi Pendidikan Khas

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.

Visi Pendidikan Khas

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualit kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.






Wednesday, August 20, 2014

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA




Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas


1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsan St. Nicholas di Melaka

1931 
Sekolah Rendah Buta Kebangsan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948 
Pembukan Sekolah Rendah Buta Kebangsan Princes Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru

1953 
Pembukan Instiut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh(JKM)

1954 
Pembukan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang

1958 
Pembukan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)

1962 
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah

1963 
Permulan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas

1977 
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braile Bahasa Melayu

1978
Pembukan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. 
Pengenalan kaedah komunikasi dan pengubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran

1979 
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kementerian Pendidikan

1983 
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braile al-Quran

1984 
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braile, Kementerian Pendidikan

1987 
Pembukan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,Shah Alam

1988 
Permulan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran

1994 
Pembukan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah

1995 
Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan






Friday, August 15, 2014

PUNCA MASALAH KECACATAN

PERINGKAT PRANATAL


BAKA
  • Kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses meiosis berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom Down.
  • Kromosom berlebihan pada kromosom 21 yang dikenali sebagai Trisomy 21.
  • Berbanding dengan kanak-kanak normal, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 kromosom manakala kanak-kanak normal mempunyai 46 kromosom.
JANGKITAN

  • Jangkitan bakteria sewaktu proses mengandung menyebabkan kecacatan atau kerosakan sama ada di bahagian otak atau sistem saraf. 
  • Penyakit seperti campak, rubella, atau siflis akan menyebabkan kuman berjangkit semasa dalam kandungan. 
  • Jangkitan ini akan menyebabkan pembentukan otak yang tidak normal dan seterusnya menyebabkan embrio mengalami kecacatan.
PENGAMBILAN DADAH & ALKOHOL
  • Dadah boleh didapati dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan steroid, kuinin, hormon, antibodi dan authistamin. 
  • Pengambilan dadah dan minuman berakohol menyebabkan perkembangan janin terbantut. 
  • Ibu mengandung disarankan supaya mendapatkan nasihat dan persetujuan doktor sebelum mengambil bahan-bahan tersebut.
PEMAKANAN

  • Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. 
  • Kekurangan idonine pula boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak.
  • Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang pada bayi.
BAHAN KIMIA
  • Pencemaran alam sekitar yang disebabkan bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan.
  • Bahan kimia masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan dan udara.
SINARAN-X
  • Kecacatan mental bayi dikaitkan dengan penerimaan pancaran sinaran-X melebihi 10rad.
  • Ibu hamil dinasihatkan agar memberitahu doktor mengenai kehamilannya bagi mengelakkan ujian sinaran-X yang tidak perlu. 
MIKROORGANISMA
  • Masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin akan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental.


PERINGKAT PERINATAL



BAYI PRAMATANG
  • Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau  berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.
  • Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang.
  • Bayi mempunyai peluang yang tinggi apabila dilahirkan pada usia kandungan 21-34 minggu.
  • Punca yang menyebabkan kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, pengambilan dadah, dan merokok.
  • Bayi yang dilahirkan berkemungkinan bersaiz kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran
PENGGUNAAN FORCEP DAN VAKUM
  • Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran. 
  • Forcep dan vakum akan memberi kesan kecederaan kepada kepala bayi. 
PENYAKIT HERPES SIMPLEX
  • Penyakit ini merupakan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. 
  • Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.


PERINGKAT PASCANATAL


PENYAKIT

  • Penyakit Encephalitis adalah berpunca daripada serangan sejenis virus pada otak yang menyebabkan kerencatan otak jika tidak dirawat. 
  • Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabbies.
  • Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. 
  • Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Malah, penyakit ini turut menyebabkan kerencatan akal jika tidak dirawat dengan segera.
PERSEKITARAN

  • Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dan mental. 
  • Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling.
PENCEMARAN ALAM SEKELILING

  • Kerencatan mental kanak-kanak berlaku akibat terdedah terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan atau pernafasan akibat pecemaran sekeliling. 
  • Kesannya, kanak-kanak menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal.